Monday, July 18, 2011

mentaliti bila study Pengajian Melayu kena jadi CIKGU



(klik utk lebih jelas)

Soalan macam tu dah berkali-kali aku dengar. Rasa boleh naik bernanah telinga ni dengar. Balik2 soalan tu...jawapan tu..Arghhhhh...tension dok!!! soalan tu mula menghantui diri aku since aku masuk UM since aku dapat course Pengajian Melayu ni. Actually bukan la course tu ada masalah. Yang jadi masalah nye bila mentaliti orang2 kat luar tu...


"Owhhhhh...nak jadi CIKGU la ni..."


Seriuosly tiap kali ada yang bertanya pasti itu jugak la yang dikata.


Tapi if time tu aku agak rajin... ada mood...aku explain la sedikit kat orang yang tanya tu. Tapi kalau tak biasanya aku cakap je "tak semestinya".


Sebenarnya tak boleh nak salahkan deorg sangat pun. Sebab deorg pun xtau apa2 tentang course tu. Mungkin ada sebab kenapa orang2 selalu kaitkan Pengajian Melayu dengan CIKGU. Antaranya mungkin sebab:
  1. CIKGU ialah kerja yang 'agak' senang nak dapat. (Senang ke??? Aku MedSi pun tak lepas)
  2. Kerja CIKGU ada masa depan. (kerja lain pun ada masa depan la wokkk)
  3. Maybe anak2 deorg suka nak jadik cikgu kot. (Dulu aku pun suka gak)


Sebenarnya sebelum aku study kat UM pun mentaliti aku macam deorg jugak. Tapi lepas masuk & belajar kat sini baru aku faham. Tak semestinya CIKGU jek aku boleh jadi. Macam2 kita boleh kerja lepas ni. Cuma kena ada kemahiran tak kira dari segi apa dan jugak minat.


Hari tu ada la duduk sembang dengan mak.


me: mak, sebenarnya saya tak nak jadi cikgu.


Mak: habis tu kau nak kerja apa???


tengok!!! mak pun sama jugak...huhuhu...beria-ia suruh aku jadi cikgu. Maybe bukannya apa. Cuma takut aku tak ada kerja lepas ni. Tapi, aku dah explain baekkkk punyer. Tak kisah la apa kerja pun janji aku minat. Sebenarnya aku ni bukan tak minat jadi cikgu. Cikgu tu cita-cita pertama masa kecik2 dulu tuhhh...Tapi aku ni tak ada skill and tak pandai nak ajar2 orang ni. Better aku cari kerja yang sesuai dengan diri.


Apa2 pun to emak... tak payah risau sangat. Ada jek kerja untuk aku ni. Kalau tak ada jugak tunggu orang pinang jek la yek. Sebab aku dah ada STPM (Sijil Tunggu Pinangan)


Lastly, tak kisah la korang nak cakap aku jadi cikgu ke hape ke. That means korang doakan kteorg kan...hehehe..Thanks banget deh



Saturday, July 16, 2011

Enjoy with our bengkel seramik

Assalamualaikum and say hello to you gurlz


Sebenarnya this event dah lapuk since last week. Tak kisah la....nak cerita jugak. Saya punya course actually ada short sem thats why la course saya cuma 3 tahun jek. So, untuk short sem nih kteorg kena ambil 2 paper which is sama dengan 6jam kredit. Paper untuk this sem are Eksplorasi Seni (malas nak cerita) & Kraftangan.


Story mory pasal paper kraftangan ni kteorg dah diaturkan oleh our beloved+supporting+sempoi lecturer Pn. Rozita. Bengekl berlangsung dekat Institut Kraf Negara (IKN). 2 minggu kteorg kena masuk bengkel seramik just untuk siapkan 6 biji tembikar yang fuhhhhhh!!! teramat la rumit nak buat. Serious firstly masuk bengkel memang nak merungut jek tau sebab datang2 dah kena menguli tanah which is salah satu proses awal nak buat tembikar tuh. Tanah tu kalau lembut idak la ngape nye...tapi tanah tu keras bebeno...2 hari berturut balik kolej dengan tangan yang sakit. Tido dah macam robot...sebab tangan terlentang tegak jek.


Jam berganti jam, hari berganti hari serious tak tipu memang enjoy giler masuk bengkel tu. Lagi2 dengan cikgu2 kat situ yang sangat2 supporting+baik+tak fed up dengan kteorg. 'cubalah sesuatu yang baru'...tagline cik Eyza. suka sangat cikgu tu. Cikgu yang paling supporting la. Mana tak nye, boleh kata 70% my produk dia yang setel kan...hehehe...1stly buat tembikar tu macam dah nak fed up giler2 sebab asyik tak jadi. Tapi syiok wooooo main tanah pusing2 atas wheel...Tapi at last jadi la jugak produk tembikar kteorg tuh.


Last day dekat bengkel...


Tetibe ada sesi penilaian plak. Ingat dok buat jek. Mengelabah semua tak study apa2. Minit2 terakhir nak kena nilai tu la baru ketrog sebok selak2 nota hafal all the important things pasal seramik tuh. Last2 saya give up gitu jek. Tak baca pun. Malas nak fikir. Redha jek la kena soal nanti. Rupanya tak ada la susah mana pun soalan tuh. Alhamdulillah dapat jawap...Bila keluar jek bilik tu tetiba saya nangis. Hehehe...pelik deorg tengok...Pasal apa saya nangis biarlah rahsia ea...(seyes aku gembeng dok!!!)


Waktu lunch last day tu kteorg ada la jugak buat sikit jamuan untuk our teacher kat situ. Apa yang penting kterog prepared semua makanan tuh. Thanks to Pn. Rozita sebab bagi pinjam dapur. Kteorg berkampung masak kat situ sampai pukul 1 pagi. Yang penting saya tolong tengok jek. Menu untuk jamuan nasi ayam Ihsan + Laksa Penang Ros + Kek lazat Pn. Rozita. Ummmmphhhhh...lazat!!!!


Penilaian dah. Jamuan pun dah. Tinggal nak chou cin chau jek dari situ. Tunggu abang van punyalah berjanggut, ketrog duduk sembang2 petang dengan cikgu Eyza & cikgu Nor... Macam2 loghat kelantan keluar. (majoriti our class budak Kelantan) dan majoriti jugak kelas kteorg ialah gurlzzz...Tergelak guling2 jangan cakap la. Harus tuuuu....


Tak tahu nak cerita macam mana actually sebab those memories tersangat la sweet. Itulah namanya proses belajar, kan. Penuh dengan kenangan dan pengalaman. Memang tak ternilai harganya. Cuma kita yang mampu menilai.


So, kepada jabatan2 lain dekat APM tuh silalah jealous dengan Jabatan Seni yek...sebab we learnt everything. Korang ade ke??? korang takde!!! Huwahuawawahawa