Sunday, June 22, 2014

Homestyler | Bilik tidur in sweet pink

Assalamualaikum...


Haritu kita ada update pasal home sweet home (boleh tengok kat SINI) yang adik kita design tu kan. Hahahaha semalam tetiba rajin mengodeh website homestyler saja-saja nak cuba design sesuatu. Memandangkan kita pun tengah cari idea nak decorate sikit bilik tidur yang pucat warna putih mula dari kita pindah rumah ni sampai la sekarang tak bercat, maka teringin jugak la nak hias bagi cantik sikit. 

Kalau korang nak try design bilik tidur korang pun boleh jugak. Cari jek website www.homestyler.com. Korang nak design ruang tamu, ruang makan, dapur n macam2 pun ada. Maklum la raya pun nak dekat dah, kan hehehe...

So kat sini kita nak share jek la apa yang kita dah design. Nak kata pro tu, tidak la. Cuma korang kena pandai godeh godeh jek, confirm jadi punya. 

Ni rupa yang aku design dalam bentuk 2D. Simple jek.

                                   

Yang ni pulak versi 3D. 


Yang ni pulak hasil yang aku design. Nampak real, kan?? hahahaha..Kalau nak nampak real macma ni, korang snapshoot jek dari website tu.. guna yang high resolution punya button. 
Ni main bedroom kat rumah kita. Lebih kurang macam ni la kita nak design bilik tu tapi nak guna background wall warna purple n nak buat feature wall sikit. Design ni nanti boleh apply kalau dah kahwin n ada rumah sendiri...gituuuuuu =='

Jemput la tengok tengok ye. 












Simply jek kan. Korang pun boleh try design n lepas tu bagi la kat designer atau pun korang boleh decorate sendiri. Bye =

Wednesday, June 18, 2014

Confuse lagi | Manual atau Auto

Assalamualaikum...

Hahaha tak habis habis dengan confuse, kan. Oh by the way, ahad lepas aku dah pergi ambil lesen P. Yuhuu...akhirnya dapat jugak setelah sekian lama menunggu.

Haritu aku confuse nak beli kereta myvi or saga, kan? So selepas bincang2 dengan adik aku dan survey2 dengan orang sekeliling maka aku putuskan nak ambil saga flx jek. Macam orang kata ukur baju dekat badan sendiri. InsyaAllah hanya ini yang termampu buat masa sekarang. Sekurang kurangnya boleh ringankan beban mak abah n diri sendiri.

Satu masalah setel, satu masalah timbul. Manual atau automatik hahaha...aku belajar kereta manual, test kereta manual, tetiba tak kan nak beli auto, kan? hahaha tapi aku ni dari time belajar kereta lagi memang tak pas bab nak guna gear. Sampai cikgu pun asyik marah. "Awak ni nak tukar gear pun masih tercari2 lagi gear kat mana, masih nak tengok gear tu lagi dah kenapa?" huh sesungguhnya aku sangat tak pas guna gear manual. Plus tak tahu nak adjust gear dengan kelajuan. Sampaikan dalam borang masa test JPJ tu kata kesalahan aku ialah tidak menggunakan/menukar gear mengikut kelajuan yang sesuai. Hah nampak tu?


Perempuan cukup sinonim dengan kereta transmisi automatik. Even aku tak tahu nak bawa auto, rasanya kena mintak tolong sepul n syuhada (gf sepul) tolong ajar n pinjamkan kereta untuk aku drive hahaha...ajar sekali dua jek dah ok kot. Walaupun aku rasa auto tu susah sebab kena belajar lagi tapi aku rasa aku boleh move on dengan auto kot hahahah jadahnya move on bagai ntah. Kalau tengah follow lori berat then aku bawa manual, tak ke kelam kabut plus dengan nak hadap bukit lagi. Tapi kalau auto, aku rasa aku boleh handle kot sebab cuma handle brek jek kot hahaha...ntah la confuse aku weh!!!!!

Lagi satu kelebihan kalau beli auto, sepul boleh guna sekali sebab aku kan tak berapa pro sangat hahaha...

Eh korang doakan lah aku untuk dapat buat keputusan nak beli mana satu ea hahaha...nervous iolls...ok aku nak tidur mengantuk plus penat banyak gila kerja kat ofis tadi plus sakit hati lagi. Bye. Assalamualaikum...

Saturday, June 14, 2014

Confuse | Myvi or Saga

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kedai Federal dah call isnin lepas bagitahu lesen aku dah siap. Tapi aku tak pergi ambil lagi. First target dah berjaya. Tapi masalahnya sekarang aku tengah confuse nak ambil kereta apa. Target bila hari raya nanti dah ada kereta bolehlah bawa family berjalan raya. Tapi masalahnya sekarang tengah confuse sama ada nak ambil myvi or saga jek. Memang la impian n target nak ambil myvi extrem kuning yang mengancam tu tapi kena fikir banyak benda.

First, dengan tingkat gaji aku cuma seribu jek takut tak lepas nak buat loan untuk myvi tu. Second, bila ambil myvi extrem tiap bulan ansuran aku anggarkan dalam empat ratus hingga lima ratus. Kalau ambil myvi se pun lebih kurang jek. Dengan nak bayar ptptn dua ratus tiap bulan, nanti balance aku tinggal seratus lebih jek. Tu tak bayar lagi bill wifi. Kalau ambil saga sekurang-kurangnya tiap bulan dalam anggaran tiga ratus lebih macam tu. So ada la balance banyak sikit gaji. Mana nak isi minyak n maintenance lagi, kan. Yang aku tak berapa nak paham tu pasal penggunaan/penjimatan minyak. Mana satu jimat? Myvi or Saga? Tapi ramai yang kata Myvi. Orang2 kata Saga banyak guna minyak. Tapi yang aku survey kat facebook n google rata-rata kata dia orang pakai saga ok jek minyak n overall saga pun ok. Entah la aku makin buntu. Next two week dah nak puasa. Maksud lagi 2 bulan nak raya hahaha...kalau ikut mak, suurh aku kumpul duit dulu beli tahun depan jek. Tapi macam mana nak balik raya tahun ni hurmmmm....plus sebagai keperluan harian aku nak pergi kerja. Sampai bila nak menumpang orang, kan. Tambahan pulak boleh buat tolong hantar mak pergi check up kat hospital, kan. InsyaAllah...

Takpe la nanti kena survey kat Proton n Produa macam mana process n semuanya pasal kereta. Maklum la biasanya most of the girl/women tahu bawa kereta jek tapi tak tahu pasal maintenance kereta...sama la macam aku hehehe...

Doa-doakan aku ye...

Wednesday, June 4, 2014

Fantabulous Beaute Skincare

Assalamualaikum...


nanti ada masa terluang kita update pasal ni. 


Kalau ada sesiapa nak order boleh tengok2 testimino kat page Na_Fantabulous kat SINI

Tuesday, June 3, 2014

Last step | Lesen P : Lulus dengan bergayanya

Assalamualaikum...

Hai korang. Siang tadi aku repeat JPJ test bahagian 2. First of all nak ucap syukur Alhamdulillah sangat2 sebab akhirnya aku lulus dengan berjayanya. Alhamdulillah. Terasa bahagianya memang tergambar bila lepas habis test jek senyum tu memang tak putus putus dari bibir. Cewahhh...

Ok memandangkan aku dah lulus nak jugak share moment2 sebelum-semasa-selepas test, kan. Malam sebelum test seriuos aku tidur tak lena. Tak tahu kenapa. Mungkin jugak sebab tak confident dengan test hari esok. Siap hafal nota *dah macam nak exam SPM. Pagi tu pulak boleh elok jek bangun awal n sampai awal kat kedai agen tu hahaha. Sambil tunggu yang lain2 n sebelum sampai ke pusat driving tu otak/kepala memang kosong tak fikir apa tak fikir macam mana nak lulus. Kosong. Seriuos weh. Hahahha redha barangkali. But then bila sampai jek pusat driving tu tetiba terjumpa Yullyana *kawan masa kat HSBP. Dia pun repeat test jugak tapi Alhamdulillah Yully pun dah lulus jugak.

Panjangnya intro...

Kali ni aku dapat giliran no. 5. Awal gila! Yully pulak no.4. Dari situ dah mula rasa cuak. Sampai jek turn aku, terus masuk kereta n buat part bukit. Percaya atau tak, aku buat 2 kali kot kat bukit tu. First try, tayar tu kena sikit jek kat line kuning. Lepastu tanya encik JPJ tu ok ke tak, tapi dia diam jek so aku cakap la "encik, saya nak repeat boleh" hahaha sengal pergi tanya patut buat jek. Maka aku pun ulang semula n Alhamdulillah kali kedua berjaya n encik JPJ tu kata "dah ok dah tu. Dah, jalan cepat". Time nak balance kan minyak dengan clutch tu pulak tetiba jadi lama kemain sampai meter minyak tu dah ke no.5 kereta tak berhenjut ke depan jugak. Aku dengan rasa cuaknya buat selamba jek buat macam biasa dan akhirnya berjaya jugak. Fuh lega.


Untuk yang side parking aku dapat buat macam biasa. Alhamdulillah.

Oleh sebab aku fail dekat parking 3 penjuru maka aku jadi tak confident nak buat. Tapi nasib baik pagi2 tu ada tanya cikgu macam mana nak buat. Alhamdulillah berjaya sebab aku buat memang slow motion gila hahaha kira manfaatkan 5 minit yang ada tu. Parking 3 penjuru tu kena ada 3 pergerakan jek 1) Pergerakan masuk *tanpa henti 2) Pergerakan reverse *tanpa henti dan 3) Pergerakan keluar dari litar. Aku masuk dah cantik parking baik punya. Tetiba nak reverse kereta aku tak bergerak2. Mulalah cuak. Tengok enjin hidup jek, gear dah ke reverse tapi apa yang tak kena. Lepaskan clucth pun kereta tak gerak2. Terus aku tengok abg JPJ *Abang la sebab ala2 muda hehehe, dia buat donow (tak tau) jek n tak angkat tanda merah, so kira masih ada peluang nak cilok2 sikit la kot2 enjin mati ke apa ke kan. Time tu dah tak fikir apa dah aku fikir redha jek minggu depan nak kena repeat lagi huhuhu...tetiba aku betulkan balik gear tu n aku fikir mungkin gear tu tak masuk betul2 kot. Tetiba kereta tu dah mula bergerak semula. Fuuuuuhhhhhhhhhhh.....memang mengucap panjang aku dalam kereta. Then terus fokus semula n alhamdulillah takde tiang yang bergoyang lagi and yeah!!!!!!!!!!!! Finally aku lulus dengan bergayanya.


Tapi cerita tak habis kat situ. Aku turun kereta n pergi ambil borang kat pondok JPJ tu. Pakcik kat bawah tu kata "Awak tak lulus awak langgar batu tadi" hah!!! tercenggang aku n terus naik jumpa JPJ. Encik n abg JPJ  tu pun caka "Awak ni dah berapa kali test ni" aku jawap "ni yang kedua" encik JPJ cakap "Awak tak lulus ni. Awak langgar batu tadi. Ni masuk yg nanti ni dah tiga la ni. Macam mana awak bawak kereta ni" aku apa lagi cuak la dok fikir tang mana yang aku langgar batu ntah. Aku tengok borang tu elok jek bertanda betul (/) siap tulis lulus lagi. Abg n encik JPJ kemain lagi sok sek sok sek sambil gelak tanya kerja mana la itu la ini la ada pakwe tak pakwe orang mana la blablabla...last2 aku tanya "habis saya ni sebenarnya lulus ke tak" terus encik JPJ tu cakap "awak tak lulus sebab awak ada pakwe" berdekah abg JPJ tu ketawakan aku hahaha siot...Buat cuak aku. Terus aku turun n blah dari situ dengan ucapan terima kasih.

Dan akhirnya aku berjaya. Sekarang tinggal tunggu lesen P jek keluar n sambil2 tu boleh survey2 nak pakai kereta apa. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya boleh buat hantar mak abah ain pergi check up kat hospital  n saiful jalan2 *minyak isi sendiri hahahaha...


Ada sesiapa tak nak bagi pinjam duit buat downpayment kereta hehehe...


p/s: Boleh baca kat SINI dan SINI untuk kisah yang sebelum sebelum ni.